MALAY FREE MP3 DOWNLOAD

Senarai peristiwa-peristiwa Segi Tiga Bermuda

USS Cyclops
Rencana utama: USS Cyclops (AC-4)
Kemalangan ini menyebabkan kehilanggan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ianya bermula apabila USS Cyclops dibawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas berlayar daripada Pulau Barbados. Teori kemungkinan ribut, karam dan aktiviti musuh mungkin menyebabkan peristiwa ini.


Spray
Kemahiran Kapten Joshua Slocum sebagai pelaut tidak dapat dipertikaikan lagi; dia merupakan orang pertama berlayar mengelilingi dunia seorang diri. pada 1909, dalam botnya kapal layar Spray dia mengambil haluan yang membawanya merentasi Caribbean ke Venezuela. Dia lenyap; tidak terdpat bukti langsung dia pernah berada dalan Segi tiga Bermuda apabila Spray hilang. Ia dipercayai bahawa dia dilanggar oleh kapal wap atau dihentam paus, dan Spray merupakan bot yang terlalu baik dan Slocum merupakan pelayar yang terlalu berpengalaman bagi punca lain untuk dianggap berlaku, dan pada 1924 dia secara rasmi diistiharkan sebagai mati. Sungguhpun misteri, tidak terdapat sebarang bukti bagi, atau menyangkal, aktiviti paranormal.


SS Marine Sulphur Queen
SS Marine Sulphur Queen, kapal tangki T2 yang diubah suai dari pembawa minyak kepada pembawa belerang, kali terakhir dihubungi pada 4 Februari 1963 dengan anak kapal seramai 39 berhampiran Florida Keys. Marine Sulphur Queen merupakan kapal pertama disebut dalam Vincent Gaddis' 1964 rencana Argosy majalah, tetapi ia mengatakannya sebagai "belayar ketempat yang tidak diketahui", sungguhpun lapuran Pengawal Pantai yang tidak hanya merekodkan sejarah penyelanggaraan kapal yang buruk, tetapi mengistiharkannya sebagai kapal yang tidak sesuai di laut dan tidak sepatutnya dibenarkan berlayar.


Thank for supporting
http://rafflesboyz.blogspot.com the totally free mp3 download centre

0 comments:

radio

__________________________________________________________________________________________

Thank You For Supporting http://rafflesboyz.blogspot.com

© ALL RIGHT RESERVED 2008